Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 24-May-2008 23:33
lazy sunday brekkie
Ini breakfast kegemaran saya. Bukan yang no1, pasal saya suka nasi lemak, tapi tak kuasa nak masak nasi lemak pagi-pagi ni. Lagipun beras dah mahal kan, berpada-pada la makan nasi :)


poached egg & smoked salmon on toasted bread

Smoked salmon tu saya beli di High Country Salmon Farm dalam perjalanan pulang dari lawatan sambil berangan ke Queenstown tempohari. Saya memang hantu dengan salmon, bocor juga poket saya setelah membeli salmon segar dengan sakannya. Apa motif beli yang segar pun saya tak tahu kerana apabila sampai di rumah, terus simpan dalam peti sejuk beku, hilang terus segarnya.


sinfully yummy bite

Kisahnya saya suka sangat makan poached egg dengan salmon ni pasal saya mencuba hidangan makan pagi di sebuah cafe bernama "Penimbang Si Bob" di Queenstown. Cafe tu dihias dengan macam-macam jenis penimbang, tapi mesin timbang orang tak ada pulak dia letak situ. Saya rasa kalau dia letak mesin timbang orang, towkaynya takut kalau orang dah naik penimbang, tak lalu nak makan banyak kat kedai dia.


Gambaran hidangan sedang dimakan, Bob's Weigh Cafe.

Kalau tak salah, nama hidangan ni smoked salmon benedict. Dia letak 'hollandaise sauce' kat atas. Saya dah cari resepi hollandaise, tapi tak pernah cuba buat. Tak kuase (rujuk tajuk di atas, nama pun lazy, kalau saya siap buat hollandaise, tajuk tu saya kena tukar kepada maharajin).

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.